Aku Budak Ekonomi UKM
Assalammualaikum, sebelum saya cerita serba sedikit pengalaman jadi budak ekonomi ni, saya perkenalkanlah sedikit dulu berkaitan biodata.
Nama diberi Mohamad Firdaus bin Yusof, dilahirkan di Hospital Kem Desa Pahlawan, Kelantan pada tanggal 29 April 2001, kiranya sekarang umurku ialah 20 tahun.
Kalau diikutkan, sepatutnya saya ambil kos Sains sebab budak Sains Tulen sewaktu sekolah menengah dahulu tapi itulah takdir lebih menentukan, dapat masuk ke Kolej Matrikulasi Kedah dan menyambung di bidang Perakaunan. Sewaktu di matrik inilah tumbuhnya minat dalam subjek Ekonomi. Jadi timbulah angan-angan untuk menyambung di bidang Ekonomi dan mungkin jadi Pakar Ekonomi Malaysia suatu masa nanti 😁
Alhamdulillah, sekarang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di UKM Bangi dalam bidang Ekonomi di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Agak mencabar sebenarnya kerana saya terpaksa menghadapi pembelajaran secara atas talian seawal tahun 1 😭 Di bawah ni adalah gambaran kolej matrik dahulu dan kampus UKM sedang didiami sekarang.

Ulasan
Catat Ulasan