Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

Balik Raya

Alhamdulillah setelah 2 bulan lebih dekat kolej Ungku Omar, UKM akhirnya boleh balik beraya juga. Walaupun dalam dugaan wabak Covid-19, masih ada sinar balik kampung tengok mak ayah 😁. Rasa gembira hanya Tuhan yang tahu. Bayangkanlah dalam banyak-banyak orang nak balik beraya, jumpa mak ayah, adik beradik, sepupu sepapat, Allah pilih aku juga. Tapi, dalam gembira pun SOP tetap kena jaga tau.  Urusan balik kampung ini pun diuruskan sepenuhnya oleh pihak universiti. Terima kasih diucapkan kepada UKM kerana mempermudah urusan kami pelajar yang kat kampus ni beraya dengan keluarga kat kampung, dapat juga merasa lemang dan rendang hasil tangan ibunda tercinta 🤭.  Syukur, pihak universiti bertungkus saat-saat akhir untuk hantar pulang pelajar yang ada dengan sediakan bas mengikut negeri. Yang lagi syok dan syukurnya aku bila dapat tahu tambang tiket bas tak kena bayar. Terus hilang gelisah nak balik raya kampung 😌. Haah, baikan pihak universiti dahla uruskan kami balik sepenuhnya...

Iftar Ramadan ISIUKM

Imej
  Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadan 1442H,  persatuan tertua di UKM, Ikatan Studi Islam UKM bersama Pusat Islam UKM telah menjalankan kerja amal berbentuk penyedian makanan berbuka puasa kepada warga UKM secarapercuma.  Hal ini sedikit untuk membantu meringankan warga UKM yang mungkin mempunyai masalah kewangan untuk berbuka puasa.  Gambar 1: Persediaan makanan berbuka puasa kepada warga UKM Gambar 2: Persediaan makanan berbuka puasa kepada warga UKM