Balik Raya

Alhamdulillah setelah 2 bulan lebih dekat kolej Ungku Omar, UKM akhirnya boleh balik beraya juga. Walaupun dalam dugaan wabak Covid-19, masih ada sinar balik kampung tengok mak ayah 😁. Rasa gembira hanya Tuhan yang tahu. Bayangkanlah dalam banyak-banyak orang nak balik beraya, jumpa mak ayah, adik beradik, sepupu sepapat, Allah pilih aku juga. Tapi, dalam gembira pun SOP tetap kena jaga tau. 

Urusan balik kampung ini pun diuruskan sepenuhnya oleh pihak universiti. Terima kasih diucapkan kepada UKM kerana mempermudah urusan kami pelajar yang kat kampus ni beraya dengan keluarga kat kampung, dapat juga merasa lemang dan rendang hasil tangan ibunda tercinta 🤭. 

Syukur, pihak universiti bertungkus saat-saat akhir untuk hantar pulang pelajar yang ada dengan sediakan bas mengikut negeri. Yang lagi syok dan syukurnya aku bila dapat tahu tambang tiket bas tak kena bayar. Terus hilang gelisah nak balik raya kampung 😌. Haah, baikan pihak universiti dahla uruskan kami balik sepenuhnya lepastu belanja tiket bas lagi.

Jadi, urusan balik kampung start jam Jumaat 7 Mei pukul 6pm dekat hadapan bangunan Dectar (Dewan Canselor Tunku Abdul Rahman). Time ni, ingatkan dah sampai paling awal lah sebab dah ready siap-siap letak barang dekat masjid. Iya lah sebab masjid dekat je dengan Dectar. Rupanya, sampai-sampai je dekat depan Dectar dah berpusu-pusu orang kat depan tu dah.  

Tiba time aku serahkan borang pengisytaraan kesihatan dan ambil tiket untuk balik Kedah, dapat pula makanan buka puasa free. Memang bertuahlah kami semua time tu ibarat orang ngantuk diberi bantal. Masuk je time buka puasa boleh makan dengan tenang sebab makanan dah ada kan 😁

Alhamdulillah, tunggu punya tunggu dalam Dectar dalam jam nak dekat pukul 11pm selepas perasmian oleh YB Datuk Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi. Akhirnya tibalah detik bersejarah balik kampung time PKP ni. Tiba giliran nak keluar pintu Dectar dapat pula bekal untuk sahur, isy tak tahu dah nak cakap apa, bertuah siapa yang jadi budak UKM tu. Kebajikan memang terjaga.

Alhasilnya, perjalanan sampai ke Kedah ambil masa dalam 5-6 jam, dalam jam 5 macam tu dah sampai negeri tanah air tercinta. Syukur rasa kali dapat lagi beraya dengan keluarga walaupun dalam suasana norma baharu. Hah, sampai sini dulu coretan kali ini, insyaAllah panjang umur jumpa lagi 👋


Suasana bagasi pelajar divaksinisasi di Dectar sebelum pelepasan pulang.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bookworm Cafe UKM

Aku Budak Ekonomi UKM

Iftar Ramadan ISIUKM