Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

Bookworm Cafe UKM

Imej
Tengah boring-boring dekat bilik, rasa nak menjelajah sekitar UKM sekejap. Kena pula hari ini hari cuti pula kan. Ambil masa sikit ronda-ronda UKM. Tiba-tiba teringat selalu orang cakap dekat bangunan Perputakaan Tun Seri Lanang (PTSL) tu ada tempat untuk pelajar study dan buat assignment. Tergerak hati nak pergi situ, alang-alang tengah takde kerja sangat kan. Sampai je kat depan PTSL, mata ni terus nampak tempat study yang disebut-sebut kan tu. Ronda dulu dari aras bawah sampai ke atas sekali, tinggi juga bangunan PTSL, gayat juga lah bila tengok bawah dekat koridor tu. Tapi time PKP ni, banyak juga yang tak buka dekat PTSL, jadi lah takde lah lagi pengalaman nak geledah bangunan ni habis-habisan. Dah habis ronda-ronda kat bangunan PTSL ni turun balik aras 4 dan pergi kat Bookworm Cafe. Hah tempat ni lah nak citer ni. Kat sini ada jual beberapa jenis hidangan, memang selalunya kalau tak PKP depan Bookworm Cafe akan penuh dengan pelajar tapi disebabkan PKP jadi tak ramai lah pelajar y...

Mi Tarik

Imej
Mi Tarik Hot Meal Bar Ambil peluang hari ini meronda Pusanika, UKM. Sengaja ronda-ronda dalam Pusanika ini sebab tak pernah sampai lagi kan. Tapi sayangnya banyak juga kedai yang tak buka, mungkin sebab PKP kan, dicampur pula bilangan pelajar kat kampus pun bukannya ramai sangat. Jadi mungkin lagi terpaksa dorang tutup untuk kurangkan kerugian. Ronda punya ronda, tiba-tiba turun aras 3 Pusanika ni nampak satu kedai tulis Hot Meal Bar. Terus tergerak hati nak masuk, yelah kan dengan perut lapar time tu. Masuk-masuk je nampak cashier orang, tiba-tiba tukang masak Cina. Aih, dah salah masuk kedai ke, terus keluar tengok papan tanda kedai tu balik, ohh patutlah kat situ tulis Cina Muslim. Terkejut aku mula-mula tu. Dah masuk kat kaunter, tak tahu pula nak order apa, akhirnya tanya cashier selalu apa orang order, cashier pun jawab Mi Tarik. Disebabkan tak pernah makan lagi, jadi kita cuba. 😁 Untuk pengetahuan pelajar UKM, kalau korang bawa kad matrik insyaAllah akan dapat diskaun jadi mura...

Aku Budak Ekonomi UKM

Imej
Assalammualaikum, sebelum saya cerita serba sedikit pengalaman jadi budak ekonomi ni, saya perkenalkanlah sedikit dulu berkaitan biodata.  Nama diberi Mohamad Firdaus bin Yusof, dilahirkan di Hospital Kem Desa Pahlawan, Kelantan pada tanggal 29 April 2001, kiranya sekarang umurku ialah 20 tahun. Kalau diikutkan, sepatutnya saya ambil kos Sains sebab budak Sains Tulen sewaktu sekolah menengah dahulu tapi itulah takdir lebih menentukan, dapat masuk ke Kolej Matrikulasi Kedah dan menyambung di bidang Perakaunan. Sewaktu di matrik inilah tumbuhnya minat dalam subjek Ekonomi. Jadi timbulah angan-angan untuk menyambung di bidang Ekonomi dan mungkin jadi Pakar Ekonomi Malaysia suatu masa nanti 😁 Alhamdulillah, sekarang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di UKM Bangi dalam bidang Ekonomi di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Agak mencabar sebenarnya kerana saya terpaksa menghadapi pembelajaran secara atas talian seawal tahun 1 😭 Di bawah ni adalah gambaran kolej matrik dahulu d...