Mi Tarik

Mi Tarik Hot Meal Bar


Ambil peluang hari ini meronda Pusanika, UKM. Sengaja ronda-ronda dalam Pusanika ini sebab tak pernah sampai lagi kan. Tapi sayangnya banyak juga kedai yang tak buka, mungkin sebab PKP kan, dicampur pula bilangan pelajar kat kampus pun bukannya ramai sangat. Jadi mungkin lagi terpaksa dorang tutup untuk kurangkan kerugian.

Ronda punya ronda, tiba-tiba turun aras 3 Pusanika ni nampak satu kedai tulis Hot Meal Bar. Terus tergerak hati nak masuk, yelah kan dengan perut lapar time tu.

Masuk-masuk je nampak cashier orang, tiba-tiba tukang masak Cina. Aih, dah salah masuk kedai ke, terus keluar tengok papan tanda kedai tu balik, ohh patutlah kat situ tulis Cina Muslim. Terkejut aku mula-mula tu.

Dah masuk kat kaunter, tak tahu pula nak order apa, akhirnya tanya cashier selalu apa orang order, cashier pun jawab Mi Tarik. Disebabkan tak pernah makan lagi, jadi kita cuba. 😁 Untuk pengetahuan pelajar UKM, kalau korang bawa kad matrik insyaAllah akan dapat diskaun jadi murah lah sikit.

Selepas order tu maka kita pun tunggu lah makanan siap. Bila dah siap, uih sedap juga Mi Tarik ni rupanya, selalu dengar je orang cakap, harini dapat rasa sendiri. Memang puas lah dengan banyak nya lagi. Jadi sesiapa yang nak mencuba Mi Tarik tu boleh try datang Hot Meal Bar, Pusanika ni. Memang terbaik lah!! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bookworm Cafe UKM

Aku Budak Ekonomi UKM

Iftar Ramadan ISIUKM